CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 18 January 2012

bila kasih bertaut kembali

Bila hati mula di usik kenangan lalu hati mula rasa tak senang.Apa pun kerja yang nak di buat , semua tak menjadi. Bukan aku sengaja untuk berkhayal , cuma semenjak akhir2 ini , perasaan yang pernah aku rasa dulu , bertandang kembali di sudut hati aku yang dah lama tandus.

Betulkah apa yang aku nampak petang semalam atau itu cuma khayalan ku yang sering merindu pada insan yang mungkin sudah melupakan aku? Ahh...mungkin itu sekadar mainan perasaan ku. Tak mungkin dia ada di sini kerana dia sudah pergi jauh dari tempat ku kini semenjak bertahun dahulu.

5 tahun lalu...

Hati ku pada ketika ini bagaikan ada sebuah ladang bunga yang teramat luas. Betapa gembiranya aku hanya Tuhan yang tahu. Jika selama ini aku hanya bermimpi untuk menjalin kasih dengannya , akhirnya pada hari ini mimpi itu menjadi nyata. Peristiwa petang tadi masih segar bermain di kotak ingatan ku. Saat dia melamar aku menjadi suri di dalam hatinya.

Sejak pada itu , hidup aku tidak lagi terasa kekosongan. Dia hadir membawa seribu satu kegembiraan dalam diri ku. Dia lah insan yang bernama Fazli , cinta pandang pertama ku. Sesungguhnya aku tidak pernah menyangka dia akan menerima diri ku yang serba kekurangan ini.

Hari2 yang berlalu amat indah ku rasakan. Biarpun kadangkala ia di cemari dengan pertelingkahan kecil , bagi ku itu sesuatu yang biasa bagi 2 insan yang sedang bercinta. Munkin kerana aku tidak pernah merasakan pengalaman seperti ini , tidak seperti Fazli yang pernah putus tunang sebelum ini. Perasaan cemburu ku padanya terlalu kuat.

Saya sayang pada awak dan saya takut kehilangan awak...Cemburu saya tanda saya menyayangi awak bukannya bermaksud untuk mengongkong awak... 

Tapi katanya aku cemburu tak bertempat. Sedihnya aku tatkala mendengar kata2nya , seolah2 aku tidak di hargai. Aku ingin menyayangi dan di sayangi. Tak pernah sekali pun aku berniat untuk mengongkong setiap pergerakannya. Niat ku cuma untuk mengambil berat. Tapi kenapa dia menyalah ertikan perasaan ku.

Tugu kasih yang di bina antara kami mula goyah. Sehingga pada suatu hari , rakan ku memberitahu dia ternampak Fazli bersama dengan bekas tunangnya berjalan menuju ke sebuah butik perkahwinan. Persoalan demi persoalan mula menerjah ke minda ku. Jika mereka dah putus tunang , untuk apa lagi mereka bersama...ke butik perkahwinan lagi...

Aku mula tidak sedap hati bila memikirkan perkara itu. Separuh hati ku menidakkan namun separuh lagi mengiakan.Ya Allah , Kau tabahkan lah hati ku dengan dugaanMu... Aku inginkan kebenaran daripada Fazli. Apa benar dia mencintai ku atau sekadar tempat dia melepaskan perasaan ingin di cintai selepas di tinggalkan tunangnya.


Aku tidak mahu di gelar sebagai perampas tunang orang dan perosak kebahagiaan orang lain.Biarlah aku yang menderita asalkan orang lain bahagia.


Akhirnya kebenaran terungkap jua. Hancur luluh hati ku apabila mendapat tahu Fazli masih lagi bergelar tunangan orang dan akan melangsungkan perkahwinan dalam tempoh sebulan lagi.



Kenapa awak tak pernah jujur pada saya? Kenapa awak sanggup tipu saya? Itulah soalan yang aku lontarkan tatkala kami bertemu. Itulah pertemuan terakhir kami pada ketika itu. 


Bukan saya sengaja nak tipu awak.. Memang benar saya mencintai awak tapi saya tak mampu nak tinggalkan tunang saya. Memang sebelum ni kami pernah buat keputusan untuk bawa haluan masing2 tapi tak jadi..


Itu lah kata2 terakhirnya pada ku. Selepas itu , aku langsung tidak pernah bertemu dengannya lagi. Pintu hati ku telah tertutup sama sekali untuk kaum adam. Biarlah aku pernah terluka sekali dan tak kan ada kali kedua..


Kini bukan tiada yang cuba untuk mengetuk pintu hati aku , namun semuanya aku tolak mentah2. Aku tidak mahu lagi di kecewakan mahupun mengecewakan mereka.




Kini semuanya telah berlalu. Aku telah berjaya melalui liku2 kehidupan tanpa cintanya. Namun , siapakah yang aku lihat semalam? Ahh...setelah aku berjaya melupakan kenapa mesti dia yang muncul semula..?

Lagu penanggung sepi tiba2 bergema dalam fikiran ku. Kenapa dia kembali lagi...

Lia , tolong dengar dulu penjelasan saya. Jangan terlalu cepat menghukum pada kesalahan yang tak pasti lagi kesahihannya...

Saya? Terlalu cepat menghukum? Fazli , awak pergilah. Awak dah jadi suami orang dan mungkin dah ada anak sekarang ni. Kembali lah pada keluarga awak, jangan cari saya lagi..

Betapa sedihnya aku pada ketika itu langsung tidak dapat untuk ku ungkapkan.Memang tidak di nafikan aku masih ada perasaan sayang padanya , tapi aku bukan insan yang pentingkan diri sendiri. Dia sudah punya keluarganya sendiri dan aku tidak mahu menjadi orang ketiga dalam hidupnya. Biarlah dia hanya menjadi masa lalu ku.


Petang itu aku melepaskan tekanan jauh dari orang yang aku kenali. Pergi membawa diri mencari kedamaian. Angin sepoi2 bahasa bertiup , dengan deruan ombak yang memukul pantai mengasyikkan aku. Aku menjadi leka sendiri sambil menyaksikan alam ciptaanNya. Pandangan ku lontar jauh seakan menembusi langit nan biru.


Tiba2 aku tersentak apabila melihat susuk tubuh yang memang aku kenali berjalan di gigi air. Apa dia buat di sini , bisik hati kecil ku. Kenapa mesti ada dia setiap kali aku inginkan ketenangan? Aku pantas bangun dari situ dan meninggalkan tempat tersebut. Tapi mungkin dia dah lama menyedari adanya aku di situ.


Lia , tunggu dulu ! Kenapa setiap kali nampak saya mesti awak nak larikan diri. Tolong lah... dengar penjelasan saya kali ni. Saya merayu pada awak...

Penjelasan apa lagi yang awak nak katakan pada saya? Cukup dah awak tipu , awak sakiti perasaan saya dulu. Saya tak nak semua tu lagi...

Lia..saya tahu saya pernah buat salah pada awak, saya dah sakiti awak..Berilah peluang pada saya untuk tebus semula kesilapan saya..

Peluang apa lagi yang awak nak? Peluang untuk menyakiti saya kali kedua?? Fazli, dulu awak yang beri saya harapan tapi awak jugak yang musnahkan harapan tu. Kenapa awak datang semula setelah awak musnahkan semua tu?

Air mata yang aku tahan akhirnya jatuh juga. Aku  tidak dapat menahan tangis yang cuba aku simpan. Aku sendiri tidak faham kenapa aku terasa lemah bila berhadapan dengannya. Ya Allah, Kau tabahkanlah hati ku...


Lia, sebenarnya pada hari saya katakan pada awak yang saya masih lagi tunang orang,itu dusta semata2. Pada masa tu, saya dah tak ada cara lain lagi untuk buat awak bencikan saya. Waktu tu, saya dah tak ada masa depan , saya tak nak hidup awak susah bila bersama dengan saya.

Maksud awak?

Saya bukan lagi diri saya yang dulu...Saya dah tak ada apa2 lagi sekarang... 


#2b kontiniu#
~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

No comments:

Post a Comment

 
Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Secara Ekslusif Oleh Puan DyzNur