CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 5 July 2012

demi dia







Kadang kala, dalam kehidupan kita terpaksa berkorban. Biarpun ianya terlalu perit untuk di terima. Memang benar, aku tak boleh mementingkan perasaan diri sendiri. Aku tidak boleh ego. Aku tahu semua ini memang sukar untuk ku, tapi demi kebahagiaan insan yang aku sayang, mungkin inilah yang terbaik untuk kami.

Jika di teruskan juga, lebih banyak hati yang akan terluka. Mungkin ketika itu, sudah tiada lagi istilah kebahagiaan dan kasih sayang yang di cari. Aku berharap masih ada secebis ketabahan dan kekuatan dalam hati ku untuk meneruskan kehidupan ini.

Perjalanan hidup ini masih panjang. Aku tak boleh berputus asa walaupun hati ini sendiri mula tertutup untuk menerima cinta. Andai di takdirkan masih ada cinta yang datang suatu hari nanti, mungkin aku akan cuba untuk menerima. Kata orang, berdua lebih baik tetapi ada ketikanya, lebih baik bersendirian.



~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Friday, 30 March 2012

Harta Persendirian ATAU Hak Milik Bersama?



selalu nampak tanda ni kat tanah atau kawasan rumah kan.. yelaa.. tak kan nak letak tanda ni kat benda hak milik yang lain macam motor ke.. kereta ke.. henset ke kan..

 tapi kekadang ada jugak mahkluk Tuhan yang tak reti bahasa.. dorang buat barang orang lain macam harta sendiri pulak... nak pinjam tak salah tapi jangan la buat macam harta hak milik bersama pulak kan.. ikut suka nak pakai2.. ikut suka nak bagi pinjam kat orang lain.. kalau sekali dua mungkin boleh di terima tapi kalau dah selalu sangat... hati pun panassssss je..

kalau yang empunya barang tu tak buat macam tu, jangan la buat kan.. contohnya panaskan air kopi guna cerek letrik tu.. haishh... aku pun tak buat cam tu beb.. dah tu sebelum nak panaskan kopi tu air masak kat dalam cerek ko buang.. apa salahnya ko masukkan dalam botol pastu letak lam peti ais..  yang minum ko jugak kan..

pastu kalau nak pakai barang2 kat dapur tu ko pakai la.. aku tak kisah.. tapi lepas pakai tu cuci la.. apa ko ingat aku ni kuli batak ko ea.. lepas ko laki bini guna aku pulak nak kelatang keletung mencuci kat dapur tu..? dah terasa pulak ni umah aku ke.... umah korang?? sape menumpang kat umah sape plak ni.. kang kalau aku bersuara korang kecik ati plak.. pastu nanti kata aku ni kedekut la.. itu la.. ini la..

anak korang selerakkan umah bukan reti nak kemaskan.. yang kau bagi anak kau main barang perhiasan kat rak tu kenapa? adoyaii.. pening kepala otak aku.. aku bukan nak marah... bukan nak kedekut atau apa.. tapi beringat la beb.. walaupun sefamili, tapi jaga la hati dan perasaan satu sama lain.. aku tak nak bermasam muka suatu hari nanti..

lepas ni aku tak nak dah kongsi umah dengan sape2 dah.. tak da privasi langsung nak buat apa2.. kalau bujang lagi mungkin boleh.. tapi kalau dah beranak pinak.. mungkin berat dah ati aku ni.. 


p/s : kalau dah bina masjid tu, cuba2 la hidup berdikari..kalau boleh duduk umah sendiri..baru rasa apa erti tanggungjawab berkeluarga..kalau duk umah orang tua, faham sikit perasaan mereka yang lain yang ada di umah tu..jangan buat macam ada korang laki bini je kat lam umah tu..kalau dah bermasam muka sesama adik beradik nanti,tak sedap pulak kan..fikir2kan lah.. :)

~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Friday, 23 March 2012

apa saja...



dah lama aku tak update blog... sekarang dah mula sibuk bekerja.. mr.hubby lak p bawa orang latihan.. ulang alik melaka-gemas-bera sampai 12 april.. aku takde masalah pun sorang-sorang kat umah.. dah terlebih biasa.. tapi tak di nafikan memang bosan laa...

ari tu aku g kat tesco.. sampai kat kaunter bayaran.. memang ****** la cashier tu.. dah laa muka masam mengalahkan cuka.. langsung tak mesra pelanggan.. letak barang lam plastik pun macam nak tak nak je.. aku perati je cara dia buat keje.. ati sakit je tengok.. ase macam nak je aku ambil telur2 kat depan aku lempar kat dia.. last2 aku sindir arr.. padan muka dia..

kot ye pun ada masalah, tak yah la wat muka camtu.. customer tengok pun sakit ati tau tak! lau nak keje wat cara nak keje.. lau tak nak baik balik umah bungkus lam selimut.. menyakitkan mata je tengok...



~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Friday, 17 February 2012

Perasaan Semakin Sensitif


korang tau tak.. semakin lanjut usia seseorang , perasaan pun jadi semakin sensitif.. bukannya tak leh nak bawa bergurau macam sebelum2nya , tapi hati jadi semakin cepat nak terasa.. walaupun hanya kerana perkara kecil.. berhati-hati bila berkata2 sebab bila hati dah terguris ni memang payah.. terutama sekali pada orang tua kita..

aku sendiri pun jadi semakin sensitif akhir2 ni.. pantang terasa sikit dengan gurauan/kata2 yang ku anggap sinis, aku mudah nak menangis.. mungkin sebab rasa terlalu rendah diri atas kekurangan diri kalau nak di bandingkan dengan orang lain.. sebab tu la perasaan tu jadi macam kerdil je..

sebelum ni apa je gurauan berbaur sinis bagi aku macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. tapi sekarang ni dah lain pulak.. masuk telinga kanan terus melekat ke hati.. jiwa sensitif.. mungkin aku dah terasa macam banyak menyusahkan orang di sekeliling kot.. 

bila sorang2 plak , mudah nak termenung.. seolah2 banyak sangat perkara yang nak di fikirkan (hakikatnya memang banyak pun).. jiwa mudah sangat tercalar.. tak macam dulu2.. kalau boleh aku tak nak tunjuk kat orang yang aku ni sebenarnya stress... sebab tu la kekadang aku wat lawak bodoh yang tak jadi.. sekadar nak menghiburkan hati sendiri.. kerana bila aku ketawa, aku dapat lupakan masalah2 aku buat seketika..

penat kalau otak asyik berfikir sesuatu yang tak tahu apakah kesudahannya.. last2, perasaan ni macam nak menangis.. macam nak menjerit pun ada.... masa tu mula nak bengis dengan orang.. adohhh... parah betol la.. nak buat keje pun macam nak dengan tak nak je.. tak pasal2 kena wat keje tak ikhlas hati.. huhuu..



~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

FitnaH !


apesal ek manusia ni kuat dengki kat orang..? lebih2 lagi kalau orang tu ada lebih dari apa yang mereka ada.. pastu mula la nak dengki sana dengki sini.. mula nak wat fitnah.. bencik sungguh dengan manusia rope macam tu.. terutama skali bila perkara ni melibatkan orang2 yang terdekat contohnya kawan baik!

ni bukan sekadar cakap kosong, tapi tak terkena pada aku sendiri.. angin takde ribut takde tetiba lak korang wat cerita.. ni tau tak korang dah hampir buat Mr.Hubby aku masuk guardroom masa tu..??!! korang hampir nak tutup periuk nasi kami..? dahlah pasal korang jugak, Mr.Hubby larang keras aku sambung TTP pasal dia tak nak aku jumpa korang lagi kat kem.. sedih tau tak!

aku bukan je tak dapat nk teruskan impian aku, tapi korang dah buat aku hilang kepercayaan pada korang.. ni ke kawan baik??? bila kami senang dulu, korang bukan main lagi..bukan niat aku nak mengungkit ea.. tapi, dalam pada tu korang tikam kami dari belakang.. apa sebenarnya yang korang sakit hati sangat kat kami?

korang baru je kenal betina tu (maaf bahasa sedikit kasar) tapi korang dah percaya apa yang dia cerita.. ada tak korang tanya perkara sebenar kat kami..?pasal mulut korang yang macam takde insurans tu, kami yang penat kena soal siasat ngan pegawai dia.. setiap kali nak kena ulang cerita yang sama.. dah macam orang wat jenayah je!

walaupun kisah tu dah bertahun, tapi korang jangan ingat kami dapat lupa macam tu je.. kalau la aku tau korang macam ni.. SUMPAH aku tak buat korang jadi kawan.. apatah lagi anggap korang sebagai kawan baik.. buddy dah jadi badi.. lebih baik takde kawan daripada ada kawan macam korang.. ibarat gunting dalam lipatan.. 

serius sampai sekarang aku still sakit hati kat korang.. jangankan nak ingat korang, dengar nama pun dah buat aku rasa cam nak jerit kuat2 depan korang... tapi korang jangan lupa, hidup ni macam roda.. hari ni hari korang.. esok lusa siapa tahu.. bila korang dah terkena, baru korang tahu apa yang kami rasa masa tu...

ALLAH MAHA ADIL pada setiap hambaNYA... korang ingat tu.. aku tak kan buat apa2 pun... biarlah ALLAH yang membalas segala perbuatan korang...




~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Nak Balik Dah Ke...?


tadi aku tengok calendar.. pehh.. rupa2nya tinggal 8 hari lagi sebelum aku nak balik Melaka..
tak rasa pun dah kurang lebih 3 bulan aku kat kampung.. hehe..
tapi takpe.. bulan 5 nanti i'm back.. haha..
(serupa tak yah balik kan...)
tapi tu nanti aku balik berdua dengan Mr.Hubby..
selalunya aku balik sesorang jer...

titt... titt... tiitttt...

minit demi minit terus berlalu...
arghhh.... boleh tak waktu tu di hentikan seketika..
keh3x...



~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Wednesday, 15 February 2012

Ada Apa Pada Status..?


nape panggil aku CIK...
i'm not single laa...
bukan ke perempuan yang dah berkahwin sepatutnya di panggil PUAN..
CIK tu untuk yang belum berkahwin..
sepatutnya macam tu la kan..? hehe..
bukan aku nak minta di panggil puan pun.. cuma nak betulkan kesilapan je.. keh3x..
tapi nape lelaki tak kira bujang atau dah berkahwin panggilannya sama je - ENCIK..
pelik ni.. tambah hairan jugak.. hahaa..
haa... lagi satu..
nape kalau janda orang panggil CIK PUAN pulak..?
duda dorang panggil ENCIK je..
haiyaa... 
banyak persoalan yang berada di minda..
ceh..nyanyi lagu cinta muka buku pulak dah..



~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Aiman Oh..Aiman!


"Aiman..! Aiman..! Ish.. mana pegi budak bertuah ni.." omel Mak Ani sambil mencari anak kelimanya itu.
"Vroommmm....Vrrroommmm..." bunyi suara mendahului empunya diri.. 
"Aiman...!Ya Allah budak ni..Aiman..balik..!" jerit Mak Ani memanggil anak bujangnya.
Dari balik pokok mempelam kelihatan Aiman sedang bersembunyi bersama kereta mainan merah kecil miliknya apabila menyedari ibunya sedang mencarinya.
__________________________________________________________________________________


Sekadar Gambar Hiasan


Aku tersenyum kecil melihat telatahnya, walaupun di dalam hati aku sedih. Memang benar , sikapnya berubah 360 darjah sejak kemalangan itu. Langsung tak seperti yang pernah aku kenali sebelum ni.. 

Aiman yang berada di hadapan aku sekarang bukan lagi Aiman yang berusia 20 tahun yang aku kenali. Dia kini tak ubah seperti kanak-kanak yang baru berusia 5 atau 6 tahun..

Bagaimanapun tahap kesedihan yang aku rasa , pasti ibunya merasa lebih lagi. Apatahlagi itu adalah anak yang di kandung olehnya 9 bulan 10 hari. Anak yang di harap dapat menjaganya di hari tua , namun sebaliknya yang berlaku. 

Aiman kemalangan ketika bersama ketuanya semasa dalam perjalanan pulang ke tempat kerja. Ketuanya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala Aiman koma hampir seminggu. Sebaik sedar dari koma, dia berperangai seperti kanak-kanak.

3 hari aku berada di rumah itu, selama itu jugalah aku menahan perasaan melihatnya. Ya Allah.. betapa aku merindui dirinya.. Aku memohon semoga dia cepat sembuh dan pulih ingatannya seperti sedia kala.

Aku tak pernah menyangka akan mengenali dia. Maklum lah.. Masa tu aku tengah patah hati.. Pada mulanya aku hanya menganggap dia sebagai kawan namun entah mengapa semakin hari aku semakin sayang padanya. Dia pandai mengambil hati.. Setiap kali ada masa terluang , dia akan menemui ku biarpun jarak perjalanan antara kami memakan masa hampir 2 jam untuk sampai.

Satu perkara yang aku tak pernah lupa ialah ketika berjumpa dengannya semasa dia sedang bertugas di Istana Negara.. Betapa segaknya dia menyarung pakaian putih tu.. 

__________________________________________________________________________________

Kini... semuanya tinggal kenangan.. Aiman dah pun sembuh seperti sediakala.. 
Setahun selepas dia sembuh, kami bawa haluan hidup sendiri..
Aku redha seperti sebelumnya.. 
Doaku untukmu semoga kau sihat sentiasa.. 
Semoga kau bertemu jodoh dengan insan yang boleh menerima diri mu seadanya..
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hari-hari ku.. 

Kota A' Famosa..
Terima kasih kerana pernah menjadi tugu kasih kami...
Kau adalah lambang sejarah negara..
Dan juga sejarah kisah hati kami...
Biarpun dia bukan cinta pertama ku...

( kisah ni berlaku lama dah...sekitar mei 2005 - november 2006 )



~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Hafalan Shalat Delisa


Hafalan Shalat Delisa

Hafalan Shalat Delisa... 
memang best of the best..! betul-betul menyentuh perasan aku..
cite ni mengisahkan tentang seorang budak bernama Delisa yang sedang berusaha menghafal ayat-ayat dalam sembahyang..

satu hari ni, Delisa ade ujian amali sembahyang. pada ketika tu la tsunami melanda tempat dorang. masa tu Delisa kusyuk membaca doa iftitah sebab dia ingat pesan Ustaz Rahman - kalau nak buat sesuatu, kena la kusyuk.. 

ketika kejadian, Umi serta kakak-kakak Delisa terkorban. Delisa pulak di temui tak sedarkan diri oleh seorang tentera US bernama Smith.. Smith ni memang baik.. begitu jugak doktor yang merawat Delisa iaitu Sophie. dorang tak kisah pun walaupun ada masalah nak berkomunikasi dengan Delisa.. yela..dorang speak in english.. Delisa lak bercakap dalam bahasa dia - bahasa Indonesia.

Sophie , Delisa , Smith

Delisa ni memang seorang budak yang tabah.. dia tak sedih pun walaupun dia tau dia dah kehilangan ahli keluarganya kecuali Abi - iaitu ayah Delisa.

aku plak yang terlebih emosi dari awal cerita sampailah habis.. tak kering pipi wa cakap sama lu.. memang patut stanby tisu sekotak kat tepi.. nasib baik la aku layan cerita ni sorang-sorang.. leh la nangis sakan.. hehe..

apa pun, cerita ni memang terbaik la antara semua cerita yang aku dah layan tahun 2012 ni.. kan bagus kalau Malaysia pun ada wat filem cam ni.. ni tak.. sikit-sikit filem cintan cintun.. tak pun cerita hantu.. cerita sal gangster la.. haa.. pape je lah..

untuk cerita ni , aku bagi 5 bintang penuh.. hehe..
TERBAIKKK <- cam boboiboy kata..

lagi satu - Smith tu hensem laa.. haha..!!





~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Tuesday, 14 February 2012

Rindu Ramadan Yang Lepas


Ramadan datang lagi...!! eh, tu yang tahun lepas punya laa.. hehe.. lau tahun ni sekarang baru masuk Rabiulawal... maknanya kurang lebih 5 bulan lagi nak bertemu Ramadan lagi... oh rindunya.. teringat masa malam nak tunggu pengisytiharan 1 Ramadan.. ingatkan berdua je dengan Mr.Hubby.. tapi rupa-rupanya ada tetamu yang datang berkunjung.. wahh... seronoknye..

"adik-adik dan abang-abang sudah mari.." hehe..

esok bila nak mula puasa , suasana kat rumah macam nak sambut Syawal.. persiapan bukan main.. dalam senarai perancangan tu nak masak macam nak jemput 100 orang je.. hehe.. padahal kami cuma berlima.. aku satu-satunya bunga dengan kumbang-kumbang di taman larangan.. ahahh.. dorang tu dah aku anggap macam abang dan adik sendiri..

malam tu aku masak di bantu oleh tukang masak yang di import khas dari cookhouse.. hehe.. eh..pembetulan.. dia yang masak.. aku cuma tolong je.. beberapa jam berlalu ~ siaplah bubur pedas... daging masak kicap dan sayur campur.. tak lupa nasi putih.. wahh... lauk macam orang kenduri kawen padahal tu untuk bersahur je.. hehe..

pendek kata sepanjang Ramadan tu, dorang memang selalu datang bersahur ataupun berbuka kat rumah.. atleast tak la rasa jauh dari kampung.. sebabnya kami ni semuanya sekampung ~ SARAWAK..a place like no other.. hehe.. kesian Mr.Hubby.. dia je SABAHAN.. memang sesuai la lagu dendang perantau tu.. hehe..

sekarang ni, aku dah tak sabar nak tunggu Ramadan datang lagi.. semoga kehadiran Ramadan kali ni nanti membawa sejuta satu rahmat buat kami semua...



~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Makan..Makan..dan Makan lagi..


cakap sal makan ni... memang buat terliur je laa.. hahaa.. tapi ada sesetengah makanan ni kekadang payah nak cari lebih-lebih lagi bila dok jauh dari femly... hehe.. kalau masakan mak atau ayah tu tak yah nak cite la.. memang tip top! :)

baru-baru ni , memang aku puas ati laa dapat makan sejenis makanan ni... pasal kat sana (melaka) takde makanan ni.. kat sarawak je ada kot.. tapi yang specialnya, makanan tu CHEF DADDY yang buat.. hehe.. itulah umai ikan pirang.. ikan lain pun boleh gak contohnye ikan tenggiri ke..ikan yu ke.. tapi kureng sedap laa.. 

ikan ni di ambil isi je.. tulang tak mo.. pahtu potong la macam potong carrot memanjang tu.. senang je.. tak yah masak kat dapur pun.. perah limau kasturi , tumbuk cili padi & bawang merah sikit dan gaul sebati.. dah tentu la letak garam dan serbuk perasa.. hehe.. nak sedap lagi, letak bawang besar... oke, dah siap untuk di makan :)


haa..ni la dia..umai ikan pirang

ada lagi makanan yang selalu wat kita terliur ni... contohnya tempoyak goreng dengan udang.. tak pun dengan ikan bilis... perghhhh! syok abisssss.... tapi ni ada satu yang boleh tahan menyengat arr... sambal tumis udang campur petai.. memang licin abissss....


sambal tumis udang campur petai

tu belum kira lain-lain lagi.. kalau nak cerita sampai tahun depan pun tak abis... haha.. tapi aku nak kongsi la kek dan muffin yang aku penah buat... jangan pandang aku sebelah mata tau.. ngee... ;)


muffin pelangi

mini muffin

:) tak larat nak upload pic bebanyak.. hehe..












~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Monday, 13 February 2012

Sepetang di Port Dickson


aku masih lagi kat SARAWAK... tapi rasanya jiwa aku dah terbang nun ke CAMERON HIGHLAND... hahahaa... ni suma pasal plan nak ke sana.. konvoi reramai naik motor... memang dah tak sabar ni p sana.. :)

kali terakhir p konvoi reramai pun tahun lepas.. tu pun sampai PORT DICKSON je.. dalam 5 buah motosikal je dan aku satu-satunya bunga di antara kumbang-kumbang yang ada.. hehee.. takpe.. kumbang yang aku ikut tu adalah sah dan halal bagi aku.. :)

memang seronok giler... lebih-lebih lagi dapat yang memang sekepala.. lagi la kecoh.. haha! yang paling best masa masing-masing macam baru jumpa laut.. tak sabar-sabar nak masuk lam air.. termasuk aku la tu.. hihii.. 

kuar je dari air, mula la macam orang kebuluran.. hehe.. kitorang ronda-ronda cari tempat makan... pusing punya pusing last2 kat KFC jugak kitorang melantak.. 

ni part yang paling best - KARAOKE mode sudah.. masing-masing nak tunjuk bakat terpendam la konon sampaikan lagu solo pun boleh jadi duet.. haha..!
yang aku ingat lagu ALASAN MU - EXIST di buat jadi lagu duet.. ikut sesuka hati je kan.. hehe.. tapi memang seronok arr..

haa.. ni la part yang aku memang kurang gemar - bila nak berangkat pulang ke sarang.. hurrmmm... rasa macam tak nak balik pun ada.. tapi apa boleh buat ~ kumbang-kumbang sekalian kena bertugas esok harinya.. bak kata 'orang tua-tua' , TUGAS DI UTAMAKAN.. hahaa..

ape pun ,sepetang di Port Dickson memang best..!



~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

barli@1am


jam menunjukkan angka 1 pagi... ermm... tetiba plak perut ni wat konsert amal.. aku pun p la cari apa yang ada kat dapur tu... 

jeng..jeng..jeng... tau apa yang aku jumpa..? BARLI laa... hehee.. pe lagi.. aku mulakan la operasi untuk menghentikan konsert amal lam perut ni.. keh3x...

setelah hampir setengah jam... siap jugak akhirnya.. hehe..

ini la hasilnye..bubur barli..hehe

selamat menjamu selera.. hehehhh.. ;-)




~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Saturday, 11 February 2012

Pemandu Pelancong PART 2


tadaa... seperti yang di janjikan.. PART 2 dah pun menyusul... hehe... kali ni aku jadi pemandu pelancong tak bertauliah pada pakcik dan makcik aku plak... tak lama pun , dalam 3 ari je.. tapi memang best! dari Melaka sampailah ke Port Dickson... hehehh...

tak perlu banyak cakap kot... sebab selalunya gambar boleh menerangkan segalanya kan.. hehe...

masa kat rumah tradisional melayu melaka

berdepan dengan Muzium Samudera

Pantai Teluk Kemang , Port Dickson

Banda Hilir , Melaka

Banda Hilir , Melaka

enjoyyy (",)




~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Pemandu Pelancong PART 1


tersebutlah kisah... cewahh... hahaa... kali ni aku teringin nak bercerita pasal hari-hari ku sebagai pemandu pelancong tak bertauliah.. hahaa.. kejadian berlaku sekitar penghujung 2010 camtu lah.. 

berikut merupakan senarai nama pelancong yang berada di bawah seliaan aku..
- Puan Hajijah yang merangkap sebagai MY MOM..
- Cik Emmot MY SISTA..
- Hazrulnizam MY BRO tecik..


Cik Emmot , Hazrul , My Mom
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

memang seronok giler masa tu.. maklum je laa femli duk lama kat rumah.. terasa macam ada kat kampung plak.. paling seronok balik keje je nampak muka mak.. terubat rasa rindu... hehe..

satu hari ni memang sehari suntuk aku bawa dorang jejalan kat Banda Hilir tu.. yela.. peluang bukan dapat hari-hari pun kan..


pandai plak dorang ni posing kan..hehe


walaupun tak sampai sebulan , tu pun dah cukup wat aku happy.. (ala..macam la jarang dapat balik kampung..hehe..)


Pemandu Pelancong PART 2 akan menyusul dengan pelancong lain plak...hehe..



~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

biar aku berceloteh!


haa... dah lama aku x update blog... bukan pe.. dok sibuk nak 'renovate' template dan background.. hahaa... ntah pape jer...

actually aku tengah berfikir ni... nak confirmkan ikut konvoi ke Cameron Highlands  ke tak... bukan selalu woo dapat ikut konvoi naik motosikal ni... hehehh.. sambil-sambil tu boleh la honeymoon skali kan... kali terakhir ikut konvoi pun last year... tu pun ke Port Dickson jer...

sekali-sekala nak gak merasa p jauh-jauh kan.. hehehh... tapi macam selalu la.... aku sorang je bunga.. yang lain semuanya kumbang.. tapi tak tau la sebab sorang lagi kumbang tu dah kahwin lepas raya ari tu.. hehehh.. ape pun, memang berharap sangat plan kitorang menjadi... minta-minta hubby n' da geng dapat wat weekend/cuti 2-3 ari pun jadi laa...


ni motor yang dah tinggal kenangan...ape pun aku sayang ex 5 tu..

~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Wednesday, 8 February 2012

Selamat Ulang Tahun Sayang..!


8 Febuari 1982... 

Pada hari ni genaplah awak berusia 30 tahun... Tak rasa pun rupanya dah hampir 5 tahun berlalu sejak kali terakhir kita raikan bersama... Semoga awak di panjangkan usia , di murahkan rezeki serta di beri kesihatan yang baik...

Ingat lagi tak hari tu , kita sambut ulang tahun awak kat pantai Port Dickson.. Sehingga kali terakhir kita bertemu , saya tahu awak masih pakai hadiah pemberian saya yang tak seberapa pun tu...

Terima kasih sebab pernah jadi seseorang yang begitu istimewa di hati saya walaupun kini kita hanya bergelar SAHABAT ... :)



~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Saturday, 28 January 2012

Aku Bukan Bidadari


   Air mata lelakinya gugur lagi.. Kali ini dia benar-benar menyesali sikap egonya dahulu. Sudah berkali-kali Delia meminta maaf kepadanya namun tidak di hiraukan olehnya. Dia masih lagi mengungkit semua perkara lama mengenai Delia.

   Kini, tiada guna lagi dia meratapi khilafnya. Apa yang pasti pemergian Delia tak kan kembali untuk selamanya hatta dia menangis darah sekali pun.

abang, delia minta ampun dan maaf atas segala kesilapan delia selama perhubungan kita..delia sedar yang delia banyak berdosa pada abang...selama ni delia abaikan abang...delia faham kalau abang sukar untuk memaafkan delia..ikhlas dari hati,delia akui kesilapan delia..delia harap abang tolong berhenti mengungkit tentang siapa delia..delia tulus menyayangi abang..

   Berkali-kali sms itu di bacanya. Dia teringat setiap kali Delia meminta maaf kepadanya,tapi hati wanita itu tetap terus menerus di sakitinya. Seolah-olah sudah tiada lagi pintu kemaafan buatnya. Sepertinya dia amat bencikan wanita itu sedangkan wanita itulah yang menjadi temannya susah mahupun senang suatu ketika dahulu.

   abang,delia tahu delia bukan lah bidadari dari syurga yang mampu menyenangkan abang..delia tahu delia tidak sehebat wanita-wanita lain di luar sana..tapi inilah diri delia..sesungguhnya delia menyesal dengan apa yang pernah delia lakukan..cuma satu yang ingin delia tahu..kenapa abang nikahi delia andai abang tahu hati abang tidak menerima delia apa adanya..?kenapa baru sekarang abang lihat keburukan diri delia..?

     *          *          *

2 tahun lalu...

   "Encik,saya rasa encik patut tahu keadaan isteri encik sekarang ni.." kata doktor yang merawat isterinya.

   "Kenapa dengan dia, doktor?" soal Rexal.

   "Kami mendapati terdapat sel kanser pada rahim isteri encik..Kalau pada peringkat permulaan,ia masih boleh di rawat..Tapi dalam kes isteri encik...kami minta maaf..."jawab doktor yang berusia hampir setengah abad itu.

   "Jadi maksud doktor..?"soal Rexal lagi dengan pandangan yang berkaca.

   "Harap encik bersabar..."ucap doktor itu lagi sambil menepuk lembut bahu Rexal.

   Perlahan-lahan Rexal melangkah menghampiri kamar yang menempatkan Delia. Sayu hatinya apabila melihat tubuh yang terbaring di katil itu. Wajah yang sudah lama hilang serinya akibat terlalu memendam derita akibat termakan hati dengan perbuatannya.

   "Delia...abang minta maaf sebab selalu lukakan hati Delia...Sekarang,abang maafkan semua kesalahan yang pernah Delia lakukan..Abang halalkan makan minum Delia selama ni..." ucap Rexal sambil menggenggam erat tangan isterinya. Sesekali dia mengucup lembut tangan itu.

   Delia seakan memberi tindak balas terhadap kata-kata Rexal biarpun dia dalam keadaan koma.  Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi cengkungnya. Tiba-tiba, pernafasan Delia kelihatan turun naik. Dia mula tidak memberi tindak balas terhadap mesin hayat. 

   "Sayang..ikut abang mengucap..."

Perlahan-lahan Rexal mengucap dua kalimah syahadah di telinga Delia. Kelihatan Delia cuba untuk mengikutnya sehinggalah ke akhirnya, Delia pergi jua. Rexal pasrah.


     *          *          *

     Kini, hidup Rexal masih lagi bersendirian. Dia masih belum mampu untuk membuka pintu hatinya kepada orang lain. Sehinggalah ke saat itu, dia masih memarahi dirinya sendiri kerana tidak pernah memberi peluang kedua untuk Delia. Pada ketika itu baru lah dia sedar bahawa manusia tak kan sedar seseorang itu amat penting kepadanya sehinggalah seseorang itu tiada lagi di sisinya...

~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Thursday, 26 January 2012

Ku Lepaskan Kau Pergi

suatu ketika dahulu kita pernah bersama ...
memeterai ikatan hati ...
untuk bersama tatkala susah dan senang ...
namun sungguh tidak di sangka ...
ikatan itu terlerai jua akhirnya ...
kau pergi tanpa pamit ...
meleburkan semua ikatan janji yang pernah di lafaz ...
kini kau ingin membina semula tugu kasih ...
bersama dia yang kau ingini ...
aku redha dengan takdir ...
ku akui aku pasrah kini ...
doaku untukmu ...
semoga kau bahagia bersama dia ...
ikhlas dari hati ku ...
ku lepaskan kau pergi ...

~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Monday, 23 January 2012

hati resah itu tanda isyarat

Selalunya dan kadang-kadang hati itu resah disebabkan dosa-dosa yang dilakukan.

Bersyukur jika hati kita masih merasa gelisah sejurus selepas melakukan dosa dan kemaksiatan yang terzahir dan tersembunyi. Sebab itu adalah tanda bahawa hati kita ini masih hidup dan masih memiliki rasa seorang Muslim yang takutkan azab ALLAH dan memang merasa tidak senang akan kemaksiatan.

Itu salah satu isyarat. Isyarat bahawa hati itu masih cenderung pada fitrahnya yang bersih dan sedaya tidak menerima kekotoran, lalu menjadi gelisah; kerana mahu memohon ampun dari-Nya!

http://www.facebook.com/pages/Koleksi-Ceramah-Ustaz-Don-Daniyal-Don-Biyajid-Original/231348216940423
~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Wednesday, 18 January 2012

bila kasih bertaut kembali

Bila hati mula di usik kenangan lalu hati mula rasa tak senang.Apa pun kerja yang nak di buat , semua tak menjadi. Bukan aku sengaja untuk berkhayal , cuma semenjak akhir2 ini , perasaan yang pernah aku rasa dulu , bertandang kembali di sudut hati aku yang dah lama tandus.

Betulkah apa yang aku nampak petang semalam atau itu cuma khayalan ku yang sering merindu pada insan yang mungkin sudah melupakan aku? Ahh...mungkin itu sekadar mainan perasaan ku. Tak mungkin dia ada di sini kerana dia sudah pergi jauh dari tempat ku kini semenjak bertahun dahulu.

5 tahun lalu...

Hati ku pada ketika ini bagaikan ada sebuah ladang bunga yang teramat luas. Betapa gembiranya aku hanya Tuhan yang tahu. Jika selama ini aku hanya bermimpi untuk menjalin kasih dengannya , akhirnya pada hari ini mimpi itu menjadi nyata. Peristiwa petang tadi masih segar bermain di kotak ingatan ku. Saat dia melamar aku menjadi suri di dalam hatinya.

Sejak pada itu , hidup aku tidak lagi terasa kekosongan. Dia hadir membawa seribu satu kegembiraan dalam diri ku. Dia lah insan yang bernama Fazli , cinta pandang pertama ku. Sesungguhnya aku tidak pernah menyangka dia akan menerima diri ku yang serba kekurangan ini.

Hari2 yang berlalu amat indah ku rasakan. Biarpun kadangkala ia di cemari dengan pertelingkahan kecil , bagi ku itu sesuatu yang biasa bagi 2 insan yang sedang bercinta. Munkin kerana aku tidak pernah merasakan pengalaman seperti ini , tidak seperti Fazli yang pernah putus tunang sebelum ini. Perasaan cemburu ku padanya terlalu kuat.

Saya sayang pada awak dan saya takut kehilangan awak...Cemburu saya tanda saya menyayangi awak bukannya bermaksud untuk mengongkong awak... 

Tapi katanya aku cemburu tak bertempat. Sedihnya aku tatkala mendengar kata2nya , seolah2 aku tidak di hargai. Aku ingin menyayangi dan di sayangi. Tak pernah sekali pun aku berniat untuk mengongkong setiap pergerakannya. Niat ku cuma untuk mengambil berat. Tapi kenapa dia menyalah ertikan perasaan ku.

Tugu kasih yang di bina antara kami mula goyah. Sehingga pada suatu hari , rakan ku memberitahu dia ternampak Fazli bersama dengan bekas tunangnya berjalan menuju ke sebuah butik perkahwinan. Persoalan demi persoalan mula menerjah ke minda ku. Jika mereka dah putus tunang , untuk apa lagi mereka bersama...ke butik perkahwinan lagi...

Aku mula tidak sedap hati bila memikirkan perkara itu. Separuh hati ku menidakkan namun separuh lagi mengiakan.Ya Allah , Kau tabahkan lah hati ku dengan dugaanMu... Aku inginkan kebenaran daripada Fazli. Apa benar dia mencintai ku atau sekadar tempat dia melepaskan perasaan ingin di cintai selepas di tinggalkan tunangnya.


Aku tidak mahu di gelar sebagai perampas tunang orang dan perosak kebahagiaan orang lain.Biarlah aku yang menderita asalkan orang lain bahagia.


Akhirnya kebenaran terungkap jua. Hancur luluh hati ku apabila mendapat tahu Fazli masih lagi bergelar tunangan orang dan akan melangsungkan perkahwinan dalam tempoh sebulan lagi.



Kenapa awak tak pernah jujur pada saya? Kenapa awak sanggup tipu saya? Itulah soalan yang aku lontarkan tatkala kami bertemu. Itulah pertemuan terakhir kami pada ketika itu. 


Bukan saya sengaja nak tipu awak.. Memang benar saya mencintai awak tapi saya tak mampu nak tinggalkan tunang saya. Memang sebelum ni kami pernah buat keputusan untuk bawa haluan masing2 tapi tak jadi..


Itu lah kata2 terakhirnya pada ku. Selepas itu , aku langsung tidak pernah bertemu dengannya lagi. Pintu hati ku telah tertutup sama sekali untuk kaum adam. Biarlah aku pernah terluka sekali dan tak kan ada kali kedua..


Kini bukan tiada yang cuba untuk mengetuk pintu hati aku , namun semuanya aku tolak mentah2. Aku tidak mahu lagi di kecewakan mahupun mengecewakan mereka.




Kini semuanya telah berlalu. Aku telah berjaya melalui liku2 kehidupan tanpa cintanya. Namun , siapakah yang aku lihat semalam? Ahh...setelah aku berjaya melupakan kenapa mesti dia yang muncul semula..?

Lagu penanggung sepi tiba2 bergema dalam fikiran ku. Kenapa dia kembali lagi...

Lia , tolong dengar dulu penjelasan saya. Jangan terlalu cepat menghukum pada kesalahan yang tak pasti lagi kesahihannya...

Saya? Terlalu cepat menghukum? Fazli , awak pergilah. Awak dah jadi suami orang dan mungkin dah ada anak sekarang ni. Kembali lah pada keluarga awak, jangan cari saya lagi..

Betapa sedihnya aku pada ketika itu langsung tidak dapat untuk ku ungkapkan.Memang tidak di nafikan aku masih ada perasaan sayang padanya , tapi aku bukan insan yang pentingkan diri sendiri. Dia sudah punya keluarganya sendiri dan aku tidak mahu menjadi orang ketiga dalam hidupnya. Biarlah dia hanya menjadi masa lalu ku.


Petang itu aku melepaskan tekanan jauh dari orang yang aku kenali. Pergi membawa diri mencari kedamaian. Angin sepoi2 bahasa bertiup , dengan deruan ombak yang memukul pantai mengasyikkan aku. Aku menjadi leka sendiri sambil menyaksikan alam ciptaanNya. Pandangan ku lontar jauh seakan menembusi langit nan biru.


Tiba2 aku tersentak apabila melihat susuk tubuh yang memang aku kenali berjalan di gigi air. Apa dia buat di sini , bisik hati kecil ku. Kenapa mesti ada dia setiap kali aku inginkan ketenangan? Aku pantas bangun dari situ dan meninggalkan tempat tersebut. Tapi mungkin dia dah lama menyedari adanya aku di situ.


Lia , tunggu dulu ! Kenapa setiap kali nampak saya mesti awak nak larikan diri. Tolong lah... dengar penjelasan saya kali ni. Saya merayu pada awak...

Penjelasan apa lagi yang awak nak katakan pada saya? Cukup dah awak tipu , awak sakiti perasaan saya dulu. Saya tak nak semua tu lagi...

Lia..saya tahu saya pernah buat salah pada awak, saya dah sakiti awak..Berilah peluang pada saya untuk tebus semula kesilapan saya..

Peluang apa lagi yang awak nak? Peluang untuk menyakiti saya kali kedua?? Fazli, dulu awak yang beri saya harapan tapi awak jugak yang musnahkan harapan tu. Kenapa awak datang semula setelah awak musnahkan semua tu?

Air mata yang aku tahan akhirnya jatuh juga. Aku  tidak dapat menahan tangis yang cuba aku simpan. Aku sendiri tidak faham kenapa aku terasa lemah bila berhadapan dengannya. Ya Allah, Kau tabahkanlah hati ku...


Lia, sebenarnya pada hari saya katakan pada awak yang saya masih lagi tunang orang,itu dusta semata2. Pada masa tu, saya dah tak ada cara lain lagi untuk buat awak bencikan saya. Waktu tu, saya dah tak ada masa depan , saya tak nak hidup awak susah bila bersama dengan saya.

Maksud awak?

Saya bukan lagi diri saya yang dulu...Saya dah tak ada apa2 lagi sekarang... 


#2b kontiniu#
~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

kanvas cinta syafina


sayang..
walaupun kita belum pernah bersua..
tapi kehadiran mu menyenangkan hati ku..

masih ku ingat senda gurau mu..
juga kata-kata semangat mu..
terima kasih ku ucapkan..
untuk cinta yang kau beri..

kehadiran mu seolah memberiku nafas hidup yang baru..
perhatian mu membuatku terasa tidak di abaikan..
terima kasih sekali lagi untuk segalanya..

tapi kini kau tiada lagi..
meninggalkan hati ini dalam kesepian..
pada saat aku mulai mengharap kasih mu..
kau pergi tanpa ku pinta..

walau pun kehadiran mu cuma sementara..
namun cinta yang di bina terlakar indah di hati..
mustahil untuk ku kikis perasaan itu..
kerana aku cinta pada mu..
dari dulu,kini dan selamanya..

doa ku agar kau bahagia di sana..
bersama Dia yang menciptakan mu..

kekal dalam kenangan ~ Syed Zahiri @ angah
1983-2011...
Al-fatihah...

#khas buat kak Syafina#



~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Tuesday, 17 January 2012

bila kau tiada lagi

dulu bila aku rindu...
kau selalu di sisi..
meleraikan kerinduan..
sambil memberi kata semangat..
untuk meneruskan kehidupan..

dulu bila aku memerlukan..
kau sentiasa ada..
membuatkan ku rasa di sayangi..

tapi kini kau tiada lagi..
meninggalkan sejuta satu rasa di dalam hati..
apa yang tinggal cuma..
nasihat dan kenangan itu..


~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

selamat tinggal

aku tahu aku tak punya apa2 yang nak di banggakan..
aku tahu aku tak punya apa2 yang nak di berikan..
aku tahu aku tak selayaknya bersuara..
itu kerana aku hanya manusia biasa..
punya banyak kelemahan berbanding kelebihan..
tapi aku juga punya perasaan..
maaf kiranya kehadiranku menyusahkan..
aku pasti akan pergi jua..
bila sampai waktu dan ketikanya..
kerana bila ia datang..
takkan lewat walaupun sesaat..
~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Friday, 13 January 2012

gugur lagi air mata itu

awak, waktu ni saya terasa sangat kerinduan pada awak... agak2nya, awak pun cam saya tak..? ermm... tak tau kenapa saya sensitif bila teringat kat awak... air mata saya cepat sangat nak berguguran... dah lah tak kira waktu ngan tempat plak tu...

awak, andai awak tahu sampai ke hari ni saya masih sayangkan awak...

  selama aku masih bisa bernafas... masih sanggup bertahan... ku kan selalu memuja mu...meski pun tak tahu lagi... engkau ada di mana... dengarkan aku... ku merindukan mu...








~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Tuesday, 10 January 2012

saya rindukan awak!


awak ingat lagi tak masa mula2 kita kenal dulu? hampir tiap waktu kita berbalas sms kan awak... tak kira masa tu awak atau saya tengah sibuk buat keje... awak selalu ingatkan saya jangan lupa solat.. jangan lupa jaga kesihatan dan macam2 lagi... begitu juga sebaliknya... setiap pagi pula, awak selalu kejutkan saya bangun solat subuh... yang kelakar bila awak marah kalau saya sengaja lewat2kan waktu.. pastu mula nak kelam kabut bersiap dan tunggu bas nak g keje... saya rindu kenangan tu...

awak ingat lagi tak masa pertama kali kita jumpa..? macam dah berjanji je kan kita pakai baju warna putih... masa tu saya memang segan... yela, sana sini kita pergi ada je terserempak kawan2 awak... tapi awak tak malu pun bawa saya jalan2... sekali pandang antara kita memang macam beauty and the beast.. saya tak cantik awak pulak boleh dalam kategori jejaka idaman... tapi awak tak kisah semua tu... terima kasih awak... saya rindu awak..!

awak ingat tak lagi masa kita terpaksa berjauhan sekali lagi..? saya terpaksa ke seberang lautan untuk sambung belajar... walaupun awak berat hati tapi awak rela kerana tempat yang saya nak pergi tu kampung halaman awak... masa tu awak la penunjuk arah jarak jauh untuk saya... terima kasih awak...

awak ingat tak lagi pada saat2 akhir kita..? entah di mana silapnya kita selalu bertengkar... kita dah jarang nak berbalas sms lagi... hanya sms lama menjadi pengubat rindu... mungkin salah saya sebab mengabaikan awak sejak saya bertemu kawan2 baru... maafkan saya awak... tapi saya tak berniat nak buat awak rasa di abaikan... saya sayang awak...

awak ingat tak lagi masa kita setuju untuk cuba bawa haluan masing2...? saya sedih sangat masa tu awak... tapi demi awak saya setuju... hati saya terluka sangat masa tu... mujurlah masa tu saya tengah cuti pertengahan semester... sehingga waktu tu sms2 awak masih lagi saya simpan sebagai pengubat rasa rindu di hati saya... serius saya rindukan awak...!

hari2 yang berlalu tanpa awak saya rasakan terlalu kosong... dah tak ada lagi gurauan awak... dah tak ada lagi nasihat dari awak... saya rindu awak marah bila saya lengahkan waktu solat... saya rindu ucapan selamat malam awak... hanya air mata jadi teman saya bila saya rindukan awak... awak kotakan kata2 awak untuk bawa haluan masing2... awak tukar nombor telefon... awak tutup akaun friendster(masa tu zaman friendster)... awak tukar semuanya supaya saya kehilangan jejak awak... tapi awak lupa saya masih ada kawan2 awak...

dari mereka saya tahu awak masih single... cuma perwatakan awak berubah menjadi pendiam.. kenapa awak...? apa salah saya..? pejam celik dah setahun berlalu... saya cuba buka pintu hati saya untuk orang lain meskipun saya masih ada perasaan sayang pada awak... selama awak tak ada, macam2 dugaan saya harungi... saya akui saya lemah tanpa awak... tapi hidup terpaksa di teruskan...

untuk melupakan awak, saya cuba sibukkan diri... memang susah kerana apa saja yang saya lakukan semuanya mengingatkan saya pada awak... apatah lagi kawan saya pada waktu tu sama pekerjaannya dengan awak... dah terlalu lama masa berlalu... pada waktu hati saya dah terbuka untuk orang lain dan merancang kehidupan jangka masa panjang dengannya, awak muncul kembali... tapi bukan untuk menagih kasih yang dah lama putus... hadir awak semula sebagai seorang sahabat...

pada waktu tu, saya bulatkan hati untuk teruskan dengan pilihan saya... walaupun saya akui sukar untuk buat keputusan... saya cuba untuk tidak menghubungi awak... tapi ternyata saya tak kuat... pada ketika hubungan saya dengan dia bermasalah angkara orang ketiga, awak menjadi tempat saya meluahkan perasaan... terima kasih sekali lagi awak... awak sanggup korbankan masa awak semata2 kerana saya...

kini, awak dah pun mempunyai kehidupan awak sendiri... saya tak nak ganggu kehidupan awak lagi... walaupun saya tahu awak sentiasa update tentang kehidupan saya... terima kasih untuk kesekian kalinya... mungkin kita di takdirkan serasi hanya sebagai kawan... bukan sebagai kekasih mahupun teman hidup... namun, saya tetap sayangkan awak seperti dulu... saya sentiasa rindukan awak sama seperti dulu...

SAYA RINDUKAN AWAK...!!



~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Monday, 9 January 2012

oh hati!



what's you waiting for..? selalu kedengaran pertanyaan tu... hurmmm... kalau perkara yang bersangkut paut dengan soal hati memang sukar nak di ramal... manusia ni kekadang luaran nampak macam dah pasrah dan redha dengan apa yang berlaku... tapi hakikatnya hati masih merindu...

biarlah bertahun lamanya dah pun berlalu, tapi kekadang hati setia menanti... memang sakit bila di ingat kembali namun sakit juga untuk melupakan...  oh hati... bebaslah dari perasaan yang sering menyesak di dalam dada... ingin seketika merasa hidup yang indah...
~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

Sunday, 8 January 2012

peritnya kenangan itu

mengapa amat perit dan menyakitkan perpisahan kita..? andai aku sudah melupakan mu , pasti tiada lagi rindu yang akan bertandang... tiada saat dalam detik tidak mengingatkan kamu... aku mampu tersenyum lagi seolah tiada kesalan yang ku ingat... pada hakikatnya aku amat mendambakan kamu... entah sampai bila air mata ini akan berhenti mengalir...

menyimpan kenangan itu amat menyakitkan... apalagi jika dia tidak lagi menjadi milik kita... yang ada hanya tangisan yang selalu menemani sepanjang hari... menginginkan pada satu harapan yang masih tertunggak untuk mengikis waktu lama untuk menghilangkan rasa cinta itu...

cinta tak pernah meminta malah sentiasa memberi... cinta membawa penderitaan , tetapi tidak berdendam malah tidak membalas dendam...

dengar akan aku... membaca kiasan dalam suram... bercerita akan coretan hati ku... walaupun aku sentiasa tersenyum , namun terkadang hati aku menangis...
~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

 
Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Secara Ekslusif Oleh Puan DyzNur