CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 15 February 2012

Aiman Oh..Aiman!


"Aiman..! Aiman..! Ish.. mana pegi budak bertuah ni.." omel Mak Ani sambil mencari anak kelimanya itu.
"Vroommmm....Vrrroommmm..." bunyi suara mendahului empunya diri.. 
"Aiman...!Ya Allah budak ni..Aiman..balik..!" jerit Mak Ani memanggil anak bujangnya.
Dari balik pokok mempelam kelihatan Aiman sedang bersembunyi bersama kereta mainan merah kecil miliknya apabila menyedari ibunya sedang mencarinya.
__________________________________________________________________________________


Sekadar Gambar Hiasan


Aku tersenyum kecil melihat telatahnya, walaupun di dalam hati aku sedih. Memang benar , sikapnya berubah 360 darjah sejak kemalangan itu. Langsung tak seperti yang pernah aku kenali sebelum ni.. 

Aiman yang berada di hadapan aku sekarang bukan lagi Aiman yang berusia 20 tahun yang aku kenali. Dia kini tak ubah seperti kanak-kanak yang baru berusia 5 atau 6 tahun..

Bagaimanapun tahap kesedihan yang aku rasa , pasti ibunya merasa lebih lagi. Apatahlagi itu adalah anak yang di kandung olehnya 9 bulan 10 hari. Anak yang di harap dapat menjaganya di hari tua , namun sebaliknya yang berlaku. 

Aiman kemalangan ketika bersama ketuanya semasa dalam perjalanan pulang ke tempat kerja. Ketuanya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala Aiman koma hampir seminggu. Sebaik sedar dari koma, dia berperangai seperti kanak-kanak.

3 hari aku berada di rumah itu, selama itu jugalah aku menahan perasaan melihatnya. Ya Allah.. betapa aku merindui dirinya.. Aku memohon semoga dia cepat sembuh dan pulih ingatannya seperti sedia kala.

Aku tak pernah menyangka akan mengenali dia. Maklum lah.. Masa tu aku tengah patah hati.. Pada mulanya aku hanya menganggap dia sebagai kawan namun entah mengapa semakin hari aku semakin sayang padanya. Dia pandai mengambil hati.. Setiap kali ada masa terluang , dia akan menemui ku biarpun jarak perjalanan antara kami memakan masa hampir 2 jam untuk sampai.

Satu perkara yang aku tak pernah lupa ialah ketika berjumpa dengannya semasa dia sedang bertugas di Istana Negara.. Betapa segaknya dia menyarung pakaian putih tu.. 

__________________________________________________________________________________

Kini... semuanya tinggal kenangan.. Aiman dah pun sembuh seperti sediakala.. 
Setahun selepas dia sembuh, kami bawa haluan hidup sendiri..
Aku redha seperti sebelumnya.. 
Doaku untukmu semoga kau sihat sentiasa.. 
Semoga kau bertemu jodoh dengan insan yang boleh menerima diri mu seadanya..
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hari-hari ku.. 

Kota A' Famosa..
Terima kasih kerana pernah menjadi tugu kasih kami...
Kau adalah lambang sejarah negara..
Dan juga sejarah kisah hati kami...
Biarpun dia bukan cinta pertama ku...

( kisah ni berlaku lama dah...sekitar mei 2005 - november 2006 )



~Tu Je Yang Aku Nak Kongsi Kali Ni..Terima Kasih Sebab Sudi Baca~

No comments:

Post a Comment

 
Segala Yang Tercatat Adalah Hak Milik Secara Ekslusif Oleh Puan DyzNur